Connect with:




Padah menimpa skuad Harimau Malaya apabila menduduki tangga ke-170 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Prestasi yang menurun skuad negara telah menjadi penyebab penurunan ranking ini.

Penurunan ranking skuad bimbingan Nelo Vingada adalah disebabkan oleh peningkatan prestasi pasukan lain di dunia.

Tangga yang sebelum ini yang diduduki Harimau Malaya kini telah diganti pasukan jiran,Indonesia yang kini berkongsi mata bersama Guyana di kedudukan ke-165 dunia.

Ranking yang dikeluarkan FIFA merupakan ranking terburuk sepanjang tahun ini.

Sementara itu, pasukan Asia yang lain menunjukkan prestasi cemerlang apabila berada di bawah 60 kumpulan terbaik dunia.

Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-34 dunia meskipun turun sembilan tangga, diikuti Australia (43), Jepun (44) dan China (57).

Ranking FIFA bulan ini melibatkan 206 negara.

Foto kredit: Asiana.MY