Connect with:




Peminat ragbi ketika ini pasti teruja menanti-nantikan Piala Dunia Ragbi yang akan tiba tidak sampai 50 hari lagi.

Bagaimanapun ketika ini, tumpuan peminat-peminat ini terarah kepada satu fenomena baharu dalam sukan ragbi iaitu Global Rapid Rugby.

Apa itu Global Rapid Rugby?

Ia merupakan satu siri kejuaraan antarabangsa yang melibatkan revolusi ragbi menerusi format dan cara permainan ragbi itu sendiri.

Antara ciri-ciri unik dalam permainan Rapid Rugby ini ialah dimainkan lebih pendek iaitu 70 minit berbanding 80 minit dalam undang-undang rugby union, durasi terhad seminit untuk scrum dan 45 saat dalam lineout serta terdapat power try yang menawarkan 9 mata kepada pasukan.

Rapid Rugby juga membenarkan ‘rolling substitution’ selain menawarkan mata bonus untuk pasukan jika mendapat try lebih dari 3 try atau tewas kurang dari 5 mata.

Terdapat 7 pasukan setakat ini menggunakan konsep franchise. 7 pasukan ini diwakili 7 negara berbeza. Salah satu pasukan yang bertanding ialah Malaysia Valke.

Malaysia Valke sebenarnya adalah pasukan yang berpusat di Afrika Selatan iaitu Falcoons Valke. Bekas pengarah teknikal skuad ragbi Afrika Selatan di Piala Dunia 1995, Rudy Jourbert merupakan pengarah dan jurulatih Falcons ketika ini.

Pada Jumaat, Falcons akan menentang Western Froce dari Australia. Menariknya, Falcons turut menyenaraikan dua pemain Malaysia, Badrul Muktee dan Samuel Rentap untuk perlawanan tersebut.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya berharap penglibatan dua pemain kebangsaan itu dapat terus membuka ruang untuk pemain dari Malaysia menjadi pemain profesional di luar negara.

“Berdasarkan dua kejohanan ragbi Asia yang kita sertai sebelum ini, cabaran kita adalah untuk menyaingi tahap pemain profesional dari negara-negara seperti Hong Kong dan Korea” kata Shahrul dipetik dari temubualnya bersama RTM.

Selain Badrul dan Samuel, Malaysia turut mempunyai beberapa lagi pemain profesional di luar negara seperti Marc Le dan K. Dinesvaran.