Bagi kes mengenai Safiq Rahim tempoh hari, hanya Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang boleh menentukan sama ada kapten Johor Darul Ta’zim itu berdepan hukuman atau tidak.

Ianya kesan daripada tindakan Safiq yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengkritik ketika dia meraikan kemenangan pertama JDT dan dirinya sendiri di Stadium Shah Alam sabtu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Tatatertib.

Siapa tidak mengenali Safiq Rahim atau ‘Copot’ ini. Dia seorang yang memiliki kekuatan mental ketika bermain walaupun pasukannya ketinggalan gol dalam perlawanan.

Berikut adalah fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Copot:

All-rounder
Safiq Rahim adalah seorang pemain yang serba boleh. dia juga adalah pemain tengah yang sinonim dengan panggilan ‘all-rounder’.

 

Persaraan
Pada tahun 2016, arena bolasepak Malaysia dikejutkan dengan pengunduran ketua pasukan Harimau Malaya ketika itu. Pada 2017 lain pula ceritanya apabila Safiq membuat penampilan semula bersama skuad Harimau Malaya.

 

Cardiff City
Safiq Rahim antara pemain yang pernah menarik perhatian pengurusan Cardiff City namun gagal mendapatkan kontrak dengan kelab Wales tersebut.

 

MVP di piala AFC
Copot juga menjadi pemain Asia Tenggara yang pertama menjulang Anugerah Pemain Paling Berharga Piala AFC 2015 selepas berjaya membawa pasukan JDT sebagai juara Piala AFC 2015.

 

Piala Malaysia
Baru-baru ini JDT dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia 2017, jadi ini adalah kali pertama Copot menjulangi Piala Malaysia sepanjang kariernya sebagai pemaian bolasepak, sama juga seperti JDT adalah kejayaan pertama mereka menjuarai Piala Malaysia sepanjang pembikinan pasukan mereka dari tahun 2013.