Connect with:




Anugerah FIFA Ballon D’Or adalah tahap anugerah yang tertinggi dalam bola sepak dan ia dianugerahkan kepada pemain terbaik di dunia setiap tahun. Anugerah Ballon D’Or bermula pada tahun 1956 dan ia dikenali sebagai “European Player Of the year award” dan hanya pemain dari Eropah yang layak untuk anugerah ini.
Namun, pada tahun 1995, peraturan telah berubah dan mana-mana pemain yang bermain untuk kelab Eropah boleh memenanginya. Evolusi itu berubah sekali lagi pada tahun 2009, ia digabungkan dengan “FIFA’s player of the year award” dan menjadi FIFA Ballon D’Or yang memberi peluang kepada para pemain bola sepak dalam dunia untuk memenanginya.

Kini, mari kita lihat semua pemenang FIFA Ballon D’Or:-

TAHUN PEMENANG WARGANEGARA Kelab
2017 Cristiano Ronaldo  Portugal Real Madrid
2016 Cristiano Ronaldo Portugal Real Madrid
2015 Lionel Messi Argentina FC Barcelona
2014 Cristiano Ronaldo Portugal Real Madrid
2013 Cristiano Ronaldo  Portugal Real Madrid
2012  Lionel Messi Argentina FC Barcelona
2011 Lionel Messi  Argentina FC Barcelona
2010 Lionel Messi  Argentina FC Barcelona
2009 Lionel Messi  Argentina FC Barcelona
2008 Cristiano Ronaldo  Portugal Manchester United
2007 Kaká   Brazil AC Milan
2006 Fabio Cannavaro  Italy Real Madrid/Juventus
2005 Ronaldinho  Brazil Barcelona
2004 Andriy Shevchenko  Ukraine AC Milan
2003 Pavel Nedvěd  Czech Republic Juventus
2002 Ronaldo  Brazil Real Madrid
2001 Michael Owen  England Liverpool
2000 Luís Figo  Portugal Real Madrid
1999 Rivaldo  Brazil Barcelona
1998 Zinedine Zidane  France Juventus
1997 Ronaldo  Brazil Inter Milan
1996 Matthias Sammer  Germany Borussia Dortmund
1995 George Weah  Liberia AC Milan
1994 Hristo Stoichkov  Bulgaria Barcelona
1993 Roberto Baggio  Italy Juventus
1992 Marco van Basten  Netherlands AC Milan
1991 Jean-Pierre Papin  France Marseille
1990 Lothar Matthäus   Germany Inter Milan
1989 Marco van Basten  Netherlands AC Milan
1988 Marco van Basten  Netherlands AC Milan
1987 Ruud Gullit  Netherlands  AC Milan
1986 Igor Belanov  Soviet Union Dynamo Kyiv
1985 Michel Platini  France Juventus
1984 Michel Platini  France Juventus
1983 Michel Platini  France Juventus
1982 Paolo Rossi   Italy Juventus
1981 Karl-Heinz Rummenigge  Germany Bayern Munich
1980 Karl-Heinz Rummenigge  Germany Bayern Munich
1979 Kevin Keegan England Hamburg
1978 Kevin Keegan  England Hamburg
1977 Allan Simonsen  Denmark Borussia M”nchengladbach
1976 Franz Beckenbauer  Germany Bayern Munich
1975 Oleg Blokhin  Soviet Union Dynamo Kyiv
1974 Johan Cruyff  Netherlands Barcelona
1973 Johan Cruyff  Netherlands Barcelona
1972 Franz Beckenbauer  Germany Bayern Munich
1971 Johan Cruyff   Netherlands Barcelona
1970 Gerd Müller  Germany Bayern Munich
1969 Gianni Rivera  Italy Milan
1968 George Best  Northern Ireland Manchester United
1967 Flórián Albert  Hungary Ferencv rosi TC
1966 Bobby Charlton England Manchester United
1965 Eusébio  Portugal Benfica
1964 Denis Law  Scotland Manchester United
1963 Lev Yashin  Soviet Union Dynamo Moscow
1962 Josef Masopust  Czechoslovakia Dukla Prague
1961 Omar Sívori  Italy Juventus
1960 Luis Suárez  Spain Barcelona
1959 Alfredo Di Stéfano  Spain Real Madrid
1958 Raymond Kopa France Real Madrid
1957 Alfredo Di Stéfano  Spain Real Madrid
1956 Stanley Matthews England Blackpool

Dari 1956 hanya pemain Eropah sahaja yang layak tetapi pada tahun 1995 mana-mana pemain kebangsaan yang bermain untuk kelab Eropah layak.

Proses Juri & Pemilihan: Sejak tahun 2009, selepas Ballon D’Or dan “FIFA’s player of the year award” digabungkan, proses pemilihan juga telah dihebahkan kepada umum. Semua ketua pasukan kebangsaan dan jurulatih ditambah dengan seorang wartawan ‘senior’ dari setiap negara boleh mengundi calon-calon. Mereka mendapat satu draf dimana mereka perlu memilih tiga pemain mengikut ranking pilihan ketiga sehingga pilihan pertama. Apabila draf dipulangkan, FIFA akan mengira mata mengikut kiraan berikut:-

– Pilihan pertama bersamaan 5 mata
– Pilihan kedua bersamaan 3 mata
– Pilihan ketiga bersamaan 1 mata.

Sehubungan itu, sekitar 500 orang pengundi (170 orang ketua pasukan kebangsaan, 170 orang jurulatih kebangsaan dan sekitar 170 orang wartawan) yang akan membuat pilihan dan pemain yang paling banyak mendapat mata akan memenangi anugerah Ballon D’Or.

Cristiano Ronaldo telah memenangi Ballon D’Or pada tahun 2017 sekaligus beliau menyertai Lionel Messi dengan gelaran Ballon d’Or yang paling banyak dimenangi  (5 kemenangan). Anda rasa suatu hari nanti, pemain negara kita akan merasa anugerah ini? Ya, tidak mustahil!

Foto Kredit: Footy Headlines