Connect with:




Dominasi rekod anugerah Ballon d’Or oleh duo pemain terbaik dunia iaitu, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya dihancurkan apabila Luka Modric dinobatkan sebagai pemenang anugerah paling berprestij itu, semalam.

Pemain tengah Real Madrid itu menepati ramalan kebanyakan peminat bolasepak dunia selepas dia membantu Croatia mara ke final Piala Dunia 2018 buat kali pertama selain memenangi Liga Juara-juara buat kali ketiga berturut-turut pada musim lepas.

Pencapaian Modric sebelum ini turut menjulangnya sebagai pemain lelaki terbaik dunia di Anugerah Fifa Football dan menerima anugerah bola emas sebagai pemain terbaik di Piala Dunia.

Lebih teruja, kali terakhir anugerah tersebut dimenangi selain Messi atau Ronaldo adalah pada tahun 2007 menerusi bekas pemain Brazil,Kaka.

Hal ini sekali gus menyaksikan Modric, 33 mendedikasikan penghargaan tersebut kepada semua pemain lain yang telah terlepas dari memiliki anugerah itu selama 10 tahun yang dikuasai oleh Messi dan Ronaldo.

“Mungkin pada masa lalu terdapat beberapa pemain yang boleh memenangi Ballon d’Or seperti Xavi, Andres Iniesta atau [Wesley] Sneijder tetapi  kini ramai yang melihat pemain yang sama (Cristiano dan Messi),” katanya.

“Anugerah ini adalah untuk semua pemain yang mungkin layak memenanginya tetapi tidak dapat memilikinya. Ia adalah tahun yang istimewa untuk saya.

“Semasa kita kanak-kanak, kita ada impian. Impian saya adalah untuk bermain bersama kelab gergasi dan memenangi trofi penting.

“Impian menang Ballon d’Or adalah merupakan suatu perkara yang besar bagi saya dan sini merupakan penghormatan besar dan satu keistimewaan apabila dapat memegang trofi ini,” kata Modric.- AFP

10 Terbaik

1. Luka Modric (Real Madrid and Croatia)

2. Cristiano Ronaldo (Juventus and Portugal)

3. Antoine Griezmann (Atletico Madrid and France)

4. Kylian Mbappe (Paris St-Germain and France)

5. Lionel Messi (Barcelona and Argentina)

6. Mohamed Salah (Liverpool and Egypt)

7. Raphael Varane (Real Madrid and France)

8. Eden Hazard (Chelsea and Belgium)

9. Kevin de Bruyne (Manchester City and Belgium)

10. Harry Kane (Tottenham and England)

Foto: CTV