Connect with:




 

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA),  Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan penubuhan akademi bola sepak Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM Army) di Kota Bharu, hari ini.

Tujuan penubuhan akademi berkenaan adalah untuk melahirkan seramai mungkin pemain bola professional dan juga sebagai tempat untuk mencungkil bakat baru seawal usia sembilan tahun.

Menurut Presiden Al Hamra Group itu, TSAM Army akan mempunyai 12 pusat latihan iaitu 10 pusat latihan untuk pelatih berusia 9-12 tahun dan dua pusat latihan untuk pelatih berusia 13-16 tahun.

“TSAM Army akan mula beroperasi secara terbuka pada 10 Februari ini dan anak-anak yang berada dalam lingkungan umur ini dijemput hadir untuk menunjukkan bakat mereka’, katanya.

TSAM Army juga akan dilancarkan secara rasminya di Sekolah Kebangsaan Kampung Cengal pada 17 Februari  ini.

Foto Kredit : semuanyabola(dot)com