Tan Sri Annuar Musa mengalu-alukan kesudian Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk menjadi perantara bagi menamatkan kebuntuan.

Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri kerana didapati bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM

“Saya tetap menghormati keputusan Jawatankuasa Disiplin dan Prosedur FAM serta percaya dengan pengalaman luas DYTM Tengku Abdullah di FAM, AFF, AFC dan FIFA mampu memberikan satu penyelesaian alternatif,” kata Annuar dalam satu siaran yang diemel kepada media.

Annuar juga berharap tawaran Tengku Abdullah ini dapat diterima oleh masyarakat dan komuniti bolasepak Malaysia sebagai langkah positif yang mencerminkan kewibawaan Tengku Abdullah sebagai pemimpin.

Berikut adalah siaran media yang dikeluarkan oleh Tan Sri Annuar Musa :-