Connect with:




Ahli parlimen Ketereh yang merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa tidak ambil peduli jika badan induk bola sepak Kelantan tidak mencalonkannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut laporan Utusan Malaysia, beliau yang pernah cuba untuk merebut kerusi presiden FAM dahulu berkata tidak kesah dengan isu pemilihan Presiden FAM dan mahu lebih fokus kepada persiapan pilihan raya.

Annuar berkata, buat masa ini, beliau memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Saya mahu tumpukan kepada persiapan pilihan raya, lepas itu baru kita boleh bincang pasal bola. Saya tak mahu komen isu ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

“Dulu saya tarik diri dari bertadning FAM sebab saya mahu fokus kepada kerja-kerja saya sebagai Ketua Penerangan dan sebagainya. Ramai yang bertanya. Saya ini orangnya mudah. Ada kerja yang lebih penting saya perlu buat.”

Dalam pada itu, beliau hanya memerlukan satu pencalonan sekiranya mahu bertanding jawatan tersebut pada Kongres FAM ke-54, 14 Julai ini.

Difahamkan, kenyataan Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan menyokong padu terhadap Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai calon yang sesuai sebagai orang No. 1 badan induk bola sepak negara untuk menggantikan Tunku Mahkota Jhor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletakkan jawatan, baru-baru ini.

Sementara itu, pengumuman calon Presiden FAM dibuat pada 11 Mei depan selepas kesemua 20 ahli gabungan kini sudah boleh menghantar pencalonan masing-masing sehingga tarikh akhir.

Annuar meletakkan jawatan sebagai Presiden KAFA untuk memberikan laluan individu yang lebih layak menggalas tanggungjawab tersebut kira-kira lima bulan lalu.

Foto Kredit: Rocketkini