Anna Gasser berjaya mengetepi cabaran dari Jamie Anderson untuk merangkul emas pertama dalam acara ‘Big Air’ di Kejohanan Olimpik Musim Sejuk, Pyeongchang, Korea Selatan.

Gasser yang ketinggalan dalam dua pusingan awal berjaya bangkit di pusingan ketiga dengan lompatan yang menyakinkan dan mengutip markah tertinggi, 96.00 sekali gus memotong Anderson, 90.00 di saat-saat akhir.

Anna mengumpul 185.00 manakala Anderson terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan kuitpan markah 177.25.

Pertandingan ini dijalankan dalam tiga pusingan dan dua markah tertinggi dari setiap pusingan akan kira pemenang.

Atlet muda dari Australia, Zoi Sadowski-Synnott, 16, pula memenangi gangsa. Acara ‘Big Air’ pertama kali di perkenalkan di sukan Olimpik Musim Sejuk kali ini.

Foto Kredit : Olympic Team Austria