Andrew Pozzi berjaya memenangi emas 60m lompat berpagar dan merupakan emas kedua untuk Great Britain dalam Kejohanan Indoor Dunia yang diadakan di Birmingham.

Beliau berjaya mencatat masa 7.46s dan di bezakan hanya 0.01s untuk mengatasi atlet dari Amerika Syarikat, Jarret Eaton di tempat kedua dengan catatan masa 7.47s.

Pada tahun lepas, Andrew juga telah muncul juara di Kejohanan Indoor Eropah yang diadakan di Belgrade, Serbia dan ini membuktikan bahawa beliau begitu hebat dalam acara Indoor.

Foto Kredit : thetime(dot)co(dot)uk

Satu lagi emas hadir melalui Katarina Johnson-Thompson melalui acara Pentathlon. Great Britain menamatkan kejohanan ini di tempat keempat selepas sekadar memperoleh dua emas, satu perak dan empat gangsa.

Amerika Syarikat muncul juara keseluruha Kejohanan Indoor Dunia apabila berjaya mengumpul 6 emas, 10 perak dan 2 gangsa.

Acara ini telah berlangsung pada 1 hingga 4 March 2018 dan seramai 632 atlet dari 144 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang telah masuk edisi yang ke-17. Acara ini juga merupakan acara kedua terbesar anjuran IAAF dan diadakan 2 tahun sekali.

Foto Kredit : athleticsweekly(dot)com