Connect with:




Foto Kredit : Rediff(dot)com

Cara kawalan bola, hantaran tepat kepada rakan, dan skil individu beliau sentiasa memukau penonton mahupun lawannya. Aksi menarik ketika beliau bermain terutama di bahagian tengah sememangnya sukar untuk kita mempertikaikan lagi kehebatan beliau.

Iniesta atau nama penuhnya Andres Iniesta Lujan menikmati pelbagai kejayaan sama ada bersama Barcelona mahupun ketika bersama dengan negaranya, Sepanyol dan boleh dikatakan kesemua kejuaraan utama dunia sudah dimiliki oleh Iniesta.

Bersama Sepanyol

Ketika bersama Sepanyol, mereka cukup dikenali dengan permainan tiki-taka dalam bola sepak. Meskipun gaya permainan mereka dikritik oleh sesetengah individu yang mengatakan gaya permainan mereka agak membosankan namun harus diingat, kerana gaya permainan seperti itulah memboleh Sepanyol menjuarai kejuaraan hatrik.

Sepanyol meraihkan kejayaan menjurai Piala Dunia 2010. Foto Kredit : goal(dot)com

Kejayaan Iniesta bersama negaranya bermula dengan menjuarai UEFA EURO pada 2008. Selang dua tahun kemudian, buat pertama kali dalam sejarah Sepanyol, mereka muncul juara Piala Dunia yang diadakan di Afrika Selatan.

Kejuaraan hatrik bersama Sepanyol. Foto Kredit : telegraph(dot)co(dot)uk

Sepanyol terus melengkapkan kegemilangan di pentas dunia dengan mendakap kejuaraan hatrik apabila menjuarai UEFA EURO sekali lagi pada 2012 sekali.

Foto Kredit : fifa(dot)com

Lebih membanggakan, Iniesta juga telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan dalam dua perlawanan akhir yang berbeza iaitu pada Piala Dunia 2010 dan UEFA EURO 2012.

Bersama Barcelona

Kejayaan beliau bersama Barcelona tidak perlu diperkatakan lagi, kesemua kejuaraan utama bersama kelab sudah beliau kecapi.

Bacelona muncul juara La Liga untuk musim ini .Foto Kredit : FC Barcelona

Antaranya La Liga (9), Copa del Rey (6), Super Copa (7), Liga Juara-Juara (UCL) (4), Piala Kelab Dunia FIFA (3), UEFA Super Cup (3) dan banyak lagi anugerah peribadi yang beliau terima dalam pelbagai kejohanan.

Foto Kredit : soccerladuma(dot)co(dot)za

‘Pair’ terbaik Iniesta di bahagian tengah semestinya adalah Xavi Hernandes. Gandingan mereka berdua ini telah membantu Barcelona dan Sepanyol mencipta pelbagai kejayaan dan mereka juga muncul antara pemain tengah terbaik yang sukar dicabar oleh mana-mana pemain ketika itu.

Setelah 16 tahun bersama Barcelona, akhirnya Iniesta telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi akan bersama Barcelona selepas ini dan sudah tentu kita akan merindui kelibat beliau serta akan mengingati aksi-aksi menarik yang dipamerkannya oleh Iniesta.

Desas-desus juga ada mengatakan bahawa beliau akan berhijrah ke sebuah kelab di China dan bermain di sana namun kesahihan mengenai perkara ini masih belum dapat dipastikan lagi.

Malah jika beliau umumkan persaraan sekali pun, Iniesta dapat berehat dengan tenang sambil menikmati hari-hari mendatang dengan senyuman kerana namanya berada dalam sejarah antara pemain yang berjaya di peringkat kelab mahupun bersama negaranya.

Apapun keputusan Iniesta, penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau pada masa akan datang dan Iniesta sentiasa menjadi pilihan penulis untuk bermain di bahagian tengah.

Foto Kredit : Rediff(dot)com