Bekas pengendali Bayern Munich, Carlo Ancelotti dilantik sebagai pengurus baharu kelab Serie A, Napoli dengan kontrak tiga tahun.

Pengendali berusia 58 tahun itu menggantikan Maurizio Sarri, individu yang bertanggungjawab membawa Napoli menduduki tangga kedua liga dibelakang Juventus dengan 91 mata.

“Saya sangat gembira dan berbesar hati untuk mengendalikan pasukan yang mempunyai bandar yang unik dan penyokong yang luar biasa,”kata Ancelotti.

Sementara itu, Sarri, 59, dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea untuk menggantikan Antonio Conte.

Pada Rabu, Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis memuji Sarri di atas sumbangan beliau untuk kelab.

“Saya berterima kasih kepada Maurizio Sarri di atas dedikasi yang ditunjukkan kepada Napoli dan juga keterujaan kepada penyokong.

“Dia telah membentuk pemain menjadi terkenal dan diminati di mana sahaja. Syabas Maurizio.”

Ancelotti mempunyai rekod yang cemerlang dengan memenangi empat liga utama, tiga gelaran Liga Juara Juara dan tida gelaran domestik untuk lima negara berbeza.

Foto Kredit : independent(dot)co(dot)uk