Anas Zul Amirul Sidi telah mencipta sejarah baharu selepas meraih emas pertama Malaysia dalam acara renang di Sukan Para Asean.
Anas Zul melakar 59.59s dalam acara lelaki 100m gaya bebas (s14), memecah rekod sebelumnya 1:02.08s di Pusat Akuatik Negara di Bukit Jalil.
Anak kepada tiga kali johan Paralimpik, Zul Amirul Sidi Abdullah, hanya mendapat tempat keenam (2:16.33s) dalam acara lelaki 200m gaya bebas, semalam.
Benson Seng dari Singapura memenangi perak dengan 1: 01.38s manakala Malaysia Zadrian Chan membawa pulang gangsa dengan 1: 01.70s.

 

Foto Kredit: KL2017