Connect with:




Malaysia pasti mengimpikan untuk menghantar pasukan bola sepak ke kejohanan berprestij antarabangsa lebih-lebih lagi Piala dunia. Walaupun kita masih jauh untuk mencapai sasaran tersebut, namun ada anak Malaysia yang mencipta sejarah ‘muncul’ di temasya itu.

Adam Riezman Roslam, seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang Selangor terpilih untuk menggalas tanggunjawab sebagai pembawa bola untuk perlawanan mega yang berlangsung awal pagi.

Tanpa disangka-sangka, dia yang sangat teruja itu dapat dilihat pada aksi pusingan ke-16 melibatkan tuan rumah, Russia yang berdepan Sepnyol di Stadium Luzhniki, Moscow.

Anda pasti tertanya, bagaimanakah dia boleh terpilih sebagai pembawa bola yang bertuah itu? Hal ini kerana Adam telah berjaya memenangi Kejohanan Pertandingan Kemahiran Kanak-Kanak anjuran KIA yang turut menawarkan hadiah wang tunai RM800.

Hal ini sekaligus merealisasikan impiannya untuk ‘terbang’ tinggi ke Russia sekaligus menyaksikannya sebagai anak Malaysia yang pertama terpilih sebagai pembawa bola bagi kejohanan penuh masyhur pada pusingan kedua.

Lebih menjadi kenangan manis apabila dia berada dalam satu barisan bersama pemain terkemuka dunia seperti Gerard Pique, Igor Akinfeev dan David de Gea.