Connect with:




Semalam media melaporkan kereta seorang pesara telah dihinggapi sebatang anak panah sesat di Jalan Beserah, Kuantan.

Laporan BERNAMA menyebut, Tan Theam Lye mendapati anak panah tersebut dilepaskan oleh seorang daripada empat pelajar bersebelahan jalan tersebut yang ketika itu sedang menjalani latihan memanah sambil diawasi seorang guru.

Theam Lye menambah, guru tersebut bagaimanapun telah membayar ganti rugi sebanyak RM 300 namun beliau meminta sekolah tersebut meningkatkan aspek keselamatan agar kejadian sama tidak lagi berulang pada masa hadapan.

Ekoran daripada kejadian tersebut, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan mengarahkan semua aktiviti latihan memanah di daerah Kuantan dihentikan serta merta.

Selain memanah, PPD juga mengarahkan arahan tersebut terhadap aktiviti sukan berisiko yang sama seperti lempar cakera.