Connect with:




Penyambung legasi pelumba F1, Michael Schumacher yang pernah menggegarkan dunia dahulu, Mick memenangi kemenangan pertamanya dalam Formula 3 hujung minggu lalu.

Lebih manis, kemenangan tersebut diabadikan selepas ayahnya turut meraih kemenangan pertama F1 di litar yang sama pada 26 tahun lepas.

Michael membuat debutnya di Spa pada 1991 apabila dia mewakili Jordan dan dia memenangi perlumbaan pertamanya di litar yang terkenal di Benetton setahun kemudian.

Ahkirnya, anaknya yang berusia 19 tahun itu berjaya memenanginya selepas 45 perlumbaan disertai dalam Formula 3, lapor Daily Mail.

Mick yang memandu mewakili Prema Powerteam Dallara-Mercedes, juga bekerja keras untuk menang selepas dia bermula dari petak keenam di grid.

Bukan itu sahaja, dia juga mengalami perlanggaran semasa pusingan pembukaan sejurus perlumbaan bermula dalam keadaan litar basah.

Sementara itu, ayahnya, Michael, berhenti berlumba sejak dia mengalami kecederaan kepala yang serius sehingga koma dalam kemalangan ski pada 2013.

Foto Kredit: grandprix247