Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Siew bermula ‘langkah kanan’ apabila berjaya meraih 3 mata sekali gus menumbangkan pasukan dari Indonesia dalam kelayakan aksi pembukaan kumpulan H kelayakan Piala Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bangkok itu menyaksikan pasukan megara mengejutkan Indonesia dengan jaringan awal Syafiq Ahmad pada minit ketiga.

Malaysia menambah gol kedua selepas jaringan gol oleh Jafri Firdaus Chew pada minit ke-20 hasil sepakan bola mati Muhammad Danial Amier Norhisham.

Malaysia meneruskan asakan dan pada minit ke-30, pemain penyerang N Thanabalan mengukuhkan kedudukan dengan gol ketiga berpunca daripada sepakan penjuru Muhammad Syazwan.

Malaysia seterusnya akan bertemu tuan rumah, Thailand pada Jumaat ini jam 7 petang waktu tempatan.