Sukan tinju menerima tamparan hebat apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi bayangan bahawa acara tinju mungkin tidak dipertandingkan di temasya Olimpik 2020 Tokyo.

Ini kerana IOC tidak berpuas hati dengan cara pengurusan Persatuan Tinju Amatur Antarabangsa (AIBA) diuruskan ketika ini dan meminta mereka supaya melakukan perubahan.

“IOC berhak menilai semula acara tinju Olimpik Remaja 2018 dan Olimpik 2020′, Presiden IOC, Thomas Bach.

Bach berkata, pihaknya akan membekukan semua hubungan dengan AIBA kecuali ‘urusan peringkat tertinggi AIBA memebabitkan keptusan dan pematuhan arahan IOC’.

AIBA dalam pada itu memaklumkan bahawa mereka sangat terkejut dengan keputusan IOC selepas mereka menyerahkan laporan kemauan yang diminta.

Lembaga Eksekutif IOC tidak berpuas hati dengan laporan AIBA dan mungkin memulakan siasatan ke atas badan induk berkenaan.

AIBA sebelum ini terbabit dengan pertikaian dalaman selama beberapa bulan tahun lalu yang menyaksikan bekas presidennya, CK Wu yang juga ahlis majlis IOC digantung tugas dan melepaskan jawatan beliau November lalu.

AIBA menamakan Gafur Rahimov dari Uzbekistan sebagai presiden sementara selpas pemangku presiden, Franco Falcinelli meletak jawatan.

Foto Kredit : youtube(dot)com