Pemain pertahanan import baru pasukan Kedah, Alvaro Silva bertekad membantu Kedah mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimenangi mereka pada musim lepas.

“Dua tahun lepas, saya hampir menyertai skuad Helang Merah namun terdapat sedikit permasalahan yang dihadapi menyebabkan saya terpaksa membatalkan hasrat untuk menyertai mereka.”

Pada masa yang sama ketika menyaksikan perlawanan persahabatan yang melibatkan pasukan Kedah, beliau terasa teruja dan tertarik dengan jumlah kehadiran penonton ketika itu hampir 20,000 dan beliau berjanji akan menyertai pasukan Kedah jika kembali ke Malaysia.

Kredit gambar : MEDIA KFA

Impian itu akhirnya menjadi kenyataan apabila, Alvaro Silva menyertai Kedah untuk memperkuatkan lagi barisan pertahanan Kedah. Meskipun ada tawaran dari beberapa pasukan termasuklah dari Liga Thailand, beliau lebih tertarik dan memilih Kedah kerana faktor utama adalah jurulatih Kedah itu sendiri iaitu Ramon Marcote Paqueno.

“Saya juga kagum dengan beberapa pemain seperti Baddrol Baktiar, Rizal Ghazal, Syazwan Zainon, Khairul Helmi, Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva melihat mereka ketika latihan.”

Menurutnya pemain-pemain ini mampu membantu memperkuatkan lagi pasukan Kedah dalam semua saingan yang mereka bakal sertai sepanjang 2018

Pasukan kedah kini dalam persiapan akhir untuk menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan diadakan pada 3 Februari 2018 bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Kredit gambar : Foxsport Asia & Media KFA