Connect with:




Penghujung musim yang hambar! Itulah alasan juara dunia dua kali Formula one (F1), Fernando Alonso yang membuat keputusan untuk bersara dari sukan F1.

Dalam pada itu, pelumba berusia 37 tahun itu turut memberitahu, fokusnya selepas ini adalah menyertai lebih banyak kejohanan lasak dunia selain memenangi perlumbaan Indy 500, Amerika Syarikat bagi mencapai sasara gelaran ‘Triple Crown’ dalam sukan permotoran.

“Aksi di trek begitu tidak sehangat dulu. Pada pandangan saya, saya berhenti kerana perkara tersebut.

“Apabila saya berada dalam siri perlumbaan lain atau aksi di trek yang saya alamai sebelum ini, ianya tidak sama seperti sekarang. Ini bukanlah impian saya,” katanya kepada autosport.com.

“Saya mencarikan siri perlumbaan lain yang mungkin menawarkan aksi lebih baik, lebih keseronokan dan kegembiraan.”

Sementara itu, pasukan McLaren mengesahkan pengganti Alonso bagi musim 2019 merupakan pelumba dari pasukan Renault iaitu Carlos Sainz.

Titik Tolak Perjalanan Karier Fernando Alonso
Pelumba veteran itu memulakan karier motorsportnya pada usia 3 tahun apabila ayahnya, seorang mekanik yang membina ‘kart’ untuk kakaknya yang tidak mempunyai minat dalam sukan itu. Beliau memenangi tiga kejohanan karting dan menjadi juara karting dunia pada tahun 1996.

Pada tahun 1999 dan 2000, beliau menjadi pemandu ujian F1 di Jerez selepas memenangi siri Euro-Open Movistar (1999). Alonso membuat debutnya debutnya bersama Minardi pada tahun 2001.

Kemenangan F1 pertamanya adalah di Grand Prix 2003 semasa berlumba dengan pasukan Renault. Ketika itu beliau menjadi pemenang perlumbaan F1 yang paling muda menewaskan jaguh handalan seperti Kimi Raikkonen, Juan Pablo Montoya, dan Michael Schumacher.

Beberapa pencapaian terbaik yang dicapai bersama Renault dan kami juga meneliti beberapa perlumbaan hebat semasa kerjayanya dalam pasukan Ferrari (2010 – 2014).
1- Debut F1 pada 2001 bersama Minardi
2- Kemenangan pertamanya di Hungary pada tahun 2002.
3- Pernah dinobatkan sebagai juara paling muda yang berusia 24 tahun pada tahun 2005 di GP Brazil.
4- Beliau juga menjadi juara F1 yang paling muda pada 2006 selepas bergelut dengan Lagenda Ferrari, Schumacher sepanjang musim tersebut.
5- Salah satu perlumbaan terbaiknya apabila Alonso memenangi Grand Prix Eropah 2012 ketika berlumba mewakili Ferrari.Beliau bermula pada petak 11 dan memandu dengan sepenuh hati untuk mendapat tempat di podium. Kemenangan emosional itu menyaksikan air matanya turut mengalir disamping berdiri di sebelah Michael Schumacher dan Kimi Raikkonen.

Foto Kredit: GPfans