Connect with:




Bek kiri Chelsea, Marcos Alonso bakal dikenakan tindakan tegas digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) selepas insiden ketika menentang Southampton.

Alonso dikatakan menendang kaki pemain Southampton, Shane Long pada perlawanan Sabtu lalu tetapi terlepas pandang oleh pengadil, Mike Dean.

FA bakal mengkaji semula rakaman insiden itu dan memberikan tempoh kepada Alonso untuk memberi maklum balas.

Jika Alonso didapati bersalah dia akan dikenakan hukuman digantung tiga perlawanan yang menyaksikan dia bakal terlepas perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Southampton pada Ahad ini.

“Marcos Alonso didakwa kerana melakukan kekasarn susulan insiden dengan Shane Long dari Southampton,” menurut kenyataaan oleh FA.

“Pengadil perlawanan tidak melihat insiden itu tetapi dirakam video.”

Pengurus Souhampton, Mark Hughes mempertikai tindakan Alonso dengan berkata, dia sepatutnya menerima kad merah.

Sumber : My Metro

Foto Kredit :