Connect with:




Kejohanan Bola Sepak Junior Allianz (AJFC) Liga Malaysia telah kembali dan seperti biasa, segalanya bakal menjadi taruhan pemain.

Liga akan bermula pada 29 Februari dengan perlawanan di Wilayah Tengah dan Selatan, manakala Wilayah Utara dan Pantai Timur akan bermain perlawanan pertama mereka pada 7 Mac sementara pasukan-pasukan di Sabah dan Sarawak memulakan kempen mereka pada 14 Mac. Pertandingan ini akan menemukan pasukan-pasukan terbaik dari keenam-enam wilayah ini akan bertanding untuk menjadi juara Wilayah dan berpeluang untuk memenangi Liga AJFC Malaysia 2020.

Setiap wilayah akan menampilkan 16 pasukan, dibahagikan kepada dua kumpulan yang merangkumi lapan pasukan (Kumpulan A dan B). Pasukan-pasukan akan bermain dalam format pusingan Robin dan setiap perlawanan akan berlangsung selama 70 minit. Pemenang daripada Kumpulan A dan B akan bermain dalam perlawanan akhir wilayah. (Nota: Untuk jadual penuh, sila rujuk lampiran).

Untuk menandakan pelancaran liga, Allianz Malaysia FC telah bertemu dengan Pasukan Media FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium UM Arena pada malam semalam. Pasukan Allianz Malaysia yang dianggotai Juri Utama AJFC K. Gunalan dan Juri Pembantu Mohd Nizaruddin Yusof dan Rudie Ramli mencatatkan kemenangan 4-1.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Zakri Khir yang merupakan sebahagian daripada barisan Allianz Malaysia FC berkata ia penting bagi AJFC untuk sentiasa berkembang dan menyediakan peluang bagi pemain muda untuk mengasah bakat mereka.

“Permainan bola sepak bukan hanya tentang keupayaan fizikal dan bakat. Pemain seperti Lionel Messi yang dianggap sebagai pemain terbaik generasinya kerana mempunyai pengetahuan bola sepak yang tinggi, kemahiran membaca perlawanan dan semangat berdaya saing yang tinggi. Ini yang kita harap dapat dipelajari dalam pertandingan ini dengan memberi pemain muda peluang terdedah kepada pengalaman-pengalaman yang lain untuk menjadikan mereka seorang pemain bola sepak yang baik, kata Zakri.

Selain piala, para pemain berumur antara 14 hingga 16 tahun akan bertanding untuk memenangi anugerah individu dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Kem Explorer Allianz (AEC) Edisi Bola Sepak Asia di Manila, Filipina pada 27 hingga 31 Julai dan AEC Edisi Bola Sepak Global di Munich, Jerman pada bulan Ogos.

Tambahan pula, tahun ini, Syarikat akan membawa 14 orang pemain untuk ke AEC Asia, tambahan daripada 10 tempat yang ditawarkan pada tahun-tahun sebelumnya. Di Singapura, dua pemain Malaysia akan dipilih untuk menjadi sebahagian daripada AEC Global. Pada kedua-dua kempen AEC ini, para pemain akan berpeluang untuk menimba pengalaman menerusi aktiviti-aktiviti selain bola sepak.

Pasukan-pasukan boleh mendaftar untuk Kejohanan Bola Sepak Junior Allianz Liga Malaysia di allianzfootball.com.my mulai sekarang hingga 24 Januari.

Untuk maklumat terkini tentang pertandingan silaikuti laman Facebook Allianz Malaysia di facebook.com/AllianzMalaysia dan laman Instagram di instagram.com/allianzmalaysia.