Connect with:




Kemenangan Senegal ke atas Poland semalam ternyata telah mencuri perhatian peminat bolasepak di seluruh dunia. Gelagat pengendali Senegal, Aliou Cisse dalam meraikan kemenangan turut menerima perhatian ramai.

Cisse merupakan ketua pasukan skuad Senegal yang mara ke suku akhir Piala Dunia 2002. Kini bertugas sebagai ketua jurulatih, bekas pemain Birmingham City ini menjadi salah satu dari dua jurulatih skuad Piala Dunia 2018 yang berasal dari benua Afrika selain jurulatih Tunisia, Nabil Maaloul dan satu-satunya jurulatih berkuit hitam dalam edisi di Rusia ini.

“Bolasepak adalah sukan universal. Ia satu perkara positif untuk melihat jurulatih berkulit hitam di dalam sukan yang dikuasai jurulatih berkulit putih.

“Ia menunjukkan kami juga ada kualiti. Saya mewakili generasi baru yang mahu diberikan peluang bukan sekadar di benua Afrika malah di seluruh dunia” kata Cisse kepada Telegraph.

Cisse mula terjun ke bidang kejurulatihan ketika beliau masih bergelar pemain lagi. Beliau kehilangan 11 orang ahli keluarga dalam tragedi feri karam Joola pada tahun 2002. Beliau membantu menganjurkan perlawanan amal menentang Niigeria untuk mengutip dana meringankan beban keluarga mangsa. Pada suai 33 tahun, beliau membawa skuad bawah 23 Senegal ke suku akhir Sukan Olimpik di London 2012.

Dalam kempen kelayakan ke Rusia, Cisse berjaya membimbing Senegal tanpa sebarang kekalahan. Beliau menjadikan jurultih Senegal pada 2002, Bruno Metsu sebagai mentornya.

“Sangat penting untuk kami mengingati Metsu. Kami dapat rasakan roh beliau melihat kami bermain” katanya lagi.

Cisse kini mahu kembali memberi fokus membantu Senegal mara lebih jauh lagi berbanding skuad yang diwakilinya 16 tahun lepas. Beliau percaya, satu hari nanti, bakal ada juara Piala Dunia dari benua Afrika.

“Kita telah melihat ramai pemain Afrika datang ke liga-liga utama Eropah dan menyinar di sana.

“Sudah tiba masanya juga untuk Eropah memberikan peuang dan ruang yang sama kepada jurulatih Afrika dan berkulit hitam untuk membuktikan kemampuan mereka”.