Pemandu Malaysia Alex Yoong hanya memerlukan dua jam sahaja lagi untuk menamatkan perlumbaan Nurburgring 24 Jam pertamanya apabila menghadapi masalah mekanikal pada keretanya akibat daripada pelanggaran dari ‘backmaker’ di litar Jerman pada hari Ahad lalu (Isnin waktu Malaysia)

Pelumba berasal dari Kuala Lumpur yang memandu kereta keluaran kilang Audi Race Experience, memulakan perlumbaan dan berjaya mendahului dua jam ketika kereta berada di litar selama 22 jam.

Menariknya, Audi berjaya memulakan perlumbaan dengan baik di perlumbaan Nurburgring walaupun BMW memastikan tempat pertama.

Pasukan Audi Sport Team Phoenix’s Team mendapat tempat pertama, melengkapkan 155 pusingan dengan satu lagi jentera Audi, Pasukan Mamerow Racing mendapat tempat kedua, ketinggalan 3.35 saat. Sementara itu, Heico-Hancook Mercedes menamatkan perlumbaan ditempat ketiga.

Berlumba dengan rakan sepasukan Luca Cappellari, Florian Gruber dan Warren Luff, Audi Race Experience bermula dengan baik sehingga ke tempat ke 19 selepas beberapa jam dengan Alex ditugaskan untuk memandu meninggalkan kelompok yang lain.

Perubahan pemandu pertama menyaksikan Luca (Cappellari) memandu jentera tetapi telah dilanggar oleh backmaker tidak lama kemudian yang menyebabkan kereta terpaksa dibaiki selama 45 minit, membuat pasukan kehilangan 4 pusingan dan jatuh di kedudukan ke 55.

Impian untuk menamatkan kedudukan ditempat 10 teratas dilihat mustahil selepas pasukan kembali bersaing kembali di kedudukan ke 17 grid dengan hanya 5 jam berbaki untuk perlumbaan tamat.

“Saya bermula dengan baik pada awal pagi dimana saya tergelincir di jalan basah sebelum bertukar ke tayar basah”, kata Alex, bekas pelumba F1.

“Malangnya, kereta mempunyai masalah akibat perlanggaran di peringkat awal dengan hanya 2 jam untuk ditamatkan semasa saya berada di dalam kereta dan kami  terpaksa berhenti”, tambah Alex.

“Walaupun begitu, saya sangat gembira kerana sempat melakukan banyak pusingan dimana ia sememangnya sukar untuk beraksi disini (Nurburgring). Saya juga melakukan pusingan pada waktu malam dan basah yang akan memberi peringatan apabila saya kembali lagi disini”.

“Saya percaya perancangan pada tahun hadapan akan bermula sekarang dan pengalaman yang sangat berharga buat saya dan pasukan.”, kata Alex yang menambah jumlah penyokong dan pancaran bunga api menjadikan pertandingan yang paling menarik yang pernah disertainya.

“Litar ini sangat sukar untuk dipelajari dan berbahaya, menjadikan ia satu kepuasan”, tambah Alex lagi yang akan bersaing pada pusingan kedua piala Audi R8 LMS di Litar Antarabangsa Zhuhai pada 1-3 jun ini.

Alex adalah pendahulu keseluruhan piala Audi R8 LMS tahun ini selepas memenangi pusingan pertama di Litar Antarabangsa Shanghai pada 29 April lalu.

Piala Ausi R8 LMS adalah kejohanan lumba pertama yang dianjurkan oleh Audi. Pada penghujung musim, sebanyak tiga gelaran menjadi rebutan pada musim ini, iaitu Gelaran keseluruhan Audi R8 LMS, Kategori Amatur dan kategori berpasukan, berdasarkan mata yang dikutip sepanjang musim ini.