Bekas Pelumba F1 Malaysia, Alex Yoong telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan perlumbaan 24 jam Nurburgring pertamanya di litar Jerman walaupun diramalkan cuaca buruk akan berlaku.

Pelumba berusia 35 tahun itu merupakan satu-satunya pelumba Malaysia yang mewakili pasukan Audi Race Experience, salah satu daripada 7 kereta Audi pada GT3 (Divisyen satu) dengan kira-kira 70 kereta dalam tahap itu.

“Ia akan menjadi minggu yang menarik dan saya tidak sabar untuk itu tetapi keadaan cuaca semestinya akan menjadi kebimbangan”, kata Alex, yang akan mempunyai logo berbentuk naga pada kereta no.24 nya itu.

“Litar ini mempunyai selekoh-selekoh sukar, kebanyakannya sukar dilihat dan susah untuk mempelajari. Ia sering basah di sesetengah kawasan litar dan akan berubah pada setiap masa.”

“Secara peribadi, saya merasakan litar ini adalah yang terbaik di dunia dan juga sangat berbahaya,” tambah Alex yang mensasarkan untuk mengelakkan kemalangan dan menamatkan saingan pada kedudukan 10 teratas pada perlumbaan sulungnya itu.

Untuk tahun 2012, perlumbaan 24 jam Nurburgring telah dihadkan dengan maksimum sebanyak 190 penyertaan, kurang 60 daripada tahun lepas, dimana akan dimulakan dengan tiga kelompok kumpulan dan mencapai maksimum 70 kereta pada setiap kumpulan. Setiap penyertaan diwajibkan mempunyai dua hingga empat pemandu. Pemandu boleh memandu lebih daripada satu kereta (maksimum 2).

Setiap pemandu diharuskan untuk memandu 3 jam setiap sesi termasuk dengan mengisi minyak dan hentian pit. Setiap pemandu akan dibenarkan mendapat rehat kira-kira 2 jam pada yang memandu satu atau dua kereta.

Alex akan bergandingan dengan Luca Cappellari, Floran Gruber dan Warren Luff pada perlumbaan ini.

“Saya pernah berlumba dengan Luca dan Florian pada perlumbaan 6 jam VLN tahun lepas dimana kami menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan jumlah keseluruhan sebanyak 130 kereta yang bersaing. Saya tidak sabar untuk bersama dengan mereka lagi”, kata Alex.

“Semangat yang ada di kawasan pit juga menajubkan dan kami berada pada momentum yang terbaik untuk mendapat keputusan yang positif”, beliau menambah.

Kali terakhir bekas pelumba pasukan Minardi dan A1 Team Malaysia ini berlumba pada perlumbaan lasak adalah pada tahun perlumbaan 24 jam Le mans 2007 dimana beliau telah mendapat tepat kelima dengan pasukan Charouz Racing System.

Alex juga mendahului senarai pelumba di piala Audi R8 LMS tahun ini selepas memenangi pusingan pertama di Litar Antarabangsa Shanghai pada 29 April lalu.

Piala Audi R8 LMS ini juga adalah yang pertama dianjurkan oleh Audi. Selepas membuat kemunculan pertama di Shanghai, perlumbaan akan diteruskan ke Zuhai, sebelum ke Ordos di kawasan pendalaman Mongolia dan kembali ke Zuhai sebelum acara kemucak akhir di shanghai pada penghujung musim.

Pada penghujung musim, sebanyak 3 gelaran akan menjadi rebutan, iaitu Juara keseluruhan piala Audi R8 LMS, kategori Amatur, dan gelaran pasukan, berdasarkan mata yang dikutip di sepanjang musim perlumbaan.

Pusingan kedua Piala Audi RB LMS akan diadakan di Litar Antarabangsa Zuhai pada 1 hingga 3 jun ini.