Pemain No.1 Dunia, Rafael Nadal telah memenangi tuntutan kerosakan sebanyak 12,000 euro (RM590, 000), selepas makhamah Perancis memihak kepadanya atas komen yang dibuat oleh bekas Menteri Sukan negara itu

Tahun lalu, Nadal mengumumkan bahawa dia akan menyaman bekas Menteri Sukan, Roselyne Bachelot susulan komen mendakwanya mengambil bahan terlarang bagi meningkatkan prestasinya pada tahun 2012.

Pemain kelahiran Manacor, Sepanyol itu telah tewas kepada David Goffin di Final ATP sekali gus menamatkan saingannya pada musim ini, akan menderma wang tersebut kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perancis.

 

PENCAPAIAN NADAL PADA USIA MUDA

          Semasa berusia 8 tahun, Nadal telah memenangi kejuaraan tenis di peringkat 12 tahun ke bawah.

          Apabila Nadal berusia 12 tahun, dia telah memenangi gelaran tenis di Sepanyol dan Eropah.

          Pada usia 14 tahun, Persekutuan Tenis Sepanyol telah meminta Nadal untuk berpindah ke Barcelona bagi meneruskan latihannya namun keluarganya menolak tawaran itu kerana takut ia akan menjejaskan pendidikannya.

          Nadal bertanding secara professional pada usia 15 tahun.

          Pada tahun 2002, Nadal berjaya mencapai ke peringak separuh akhir kejohanan Boy’s Singles di Wimbledon. Dia berusia 16 tahun.

          Menjadi menjadi lelaki termuda untuk mencapai pusingan ketiga di Wimbledon selepas menewaskan Roger Federer ketika berusia 17 tahun.

          Pada usia 19 tahun, Nadal membuat penampilan sulungnya di Terbuka Perancis  dan raih gelaran juara. Ia merupakan satu kejayaan yang tidak pernah dicapai di Paris dalam jurang 20 tahun pada masa itu.

 

Foto Kredit: Alchetron