Connect with:




ONE Championship akan kembali ke Kuala Lumpur pada 12 Julai ini dengan pertarungan suku akhir ONE Super Series Kickboxing menjadi pertarungan utama.

Bintang kickboxing terkenal, Girgio Petrosyan akan bertarung menentang pencabarnya dari Thailand, Petchmorakot Petchyindee Academy.

Selain itu, para penonton juga berpeluang menyaksikan aksi juara dunia ONE Women’s Atomweight, Angela Lee.

Selepas kegagalan merampas tali pinggang strawweight dunia dari Xiong Jing Nan pada Mac lalu dalam satu aksi yang cukup sengit, Lee masih bersemangat untuk menjadi juara dua divisyen.

Sekali lagi dia akan beraksi dalam kategori strawweight kali ini dan lawannya di Kuala Lumpur nanti ialah Michelle Nicolini dari Brazil.

Nicolini dikenali dengan kehebatannya dalam disiplin brazilian jiujitsu (BJJ) dimana dia merupakan antara beberapa wanita yang telah tersenarai dalam dewan kemahsyuran IBJJF.

Tidak lengkap ONE Championship di Malaysia tanpa pertarungan bintang-bintang tempatan. Ev Ting akan berhadapan dengan Daichi Abe dari Jepun dalam aksi lightweight sementara srikandi MMA negara, Jihin Radzuan bakal bertemu dengan wakil Filipina, Jomary Torres dalam pertarungan atomweight.

Dalam siri super ONE Muay Thai pula, penonton akan disajikan dengan – pertembungan ‘orang lama’ dengan ‘jaguh muda’ dari Malaysia iaitu Saiful Merican menentang Mohammed Mahmoud.

Ini merupakan kemunculan pertama Saiful dalam pentas muay thai. Sebelum ini, dia telah beraksi dalam disiplin MMA.

Berikut senarai penuh pertarungan ONE:MASTERS OF DESTINY di Axiata Arena pada 12 Julai nanti.

ONE: MASTERS OF DESTINY
Friday, 12 July
Axiata Arena, Kuala Lumpur, Malaysia

Main Event
ONE Super Series Featherweight Kickboxing World Grand Prix Quarter Final
Giorgio Petrosyan vs Petchmorakot Petchyindee Academy
ONE Super Series Kickboxing: 70.3kg

Angela Lee vs Michelle Nicolini
Mixed Martial Arts: 56.7kg

Ev Ting vs Daichi Abe
Mixed Martial Arts: 77.1kg

Abro Fernandes vs Gurdarshan Mangat
Mixed Martial Arts: 61.2kg

Jihin Radzuan vs Jomary Torres
Mixed Martial Arts: 52.2kg

Dae Sung Park vs Kimihiro Eto
Mixed Martial Arts: 77.1kg

Troy Worthen vs Chen Rui
Mixed Martial Arts: 65.8kg

Hiroki Akimoto vs Kenny Tse
ONE Super Series Kickboxing (8oz. gloves): 61.2kg

Kai Ting Chuang vs Janet Todd
ONE Super Series Kickboxing (8oz. gloves): 52.2kg

Aleksi Toivonen vs Akihiro Fujisawa
Mixed Martial Arts: 61.2kg

Saiful Merican vs Mohammed Bin Mahmoud
ONE Super Series Muay Thai (4oz. gloves): 65.8kg

Adrian Mattheis vs Liu Peng Shuai
Mixed Martial Arts: 56.7kg

George Mann vs Sorgraw Petchyindee Academy
ONE Super Series Muay Thai (4oz. gloves): 70.3kg