Connect with:




Promoter MMA terbesar di Asia, ONE Championship (ONE) kembali ke Kuala Lumpur pada 7 Disember ini dengan aksi pertarungan hebat bakal disajikan atlet-atlet MMA terkenal Malaysia dan antarabangsa. Axiata Arena akan menjadi venue untuk ONE: DESTINY OF CHAMPIONS yang bakal menyaksikan pertarungan siri super muay thai antara Yodsanklai IWE Fairtex menentang Luis Regis.

Yodsanklai merupakan lagenda dalam sukan muay thai. Dilahirkan di utara Thailand, beliau telah bertarung hampir 200 pertarungan profesional menentang petiju-petiju terkemuka. Antara kejayaan yang pernah diraih Fairtex adalah 3 kali kejuaraan Stadium Lumpinee, dua kejuaraan dunia Lion Fight, dua Kejuaraan Dunia WWC dan satu Kejuaraan Dunia WBC.

Sementara lawannya, Luis ‘Macaco’ Regis juga tidak kurang hebatnya. Regis yang berasal dari Australia adalah juara di negaranya selain pernah memenangi kejuaraan IKBF Commonewealth, IKBF East Coast dan NSW Championship.

Aksi di Kuala Lumpur tidak lengkap tanpa adanya pertarungan melibatkan bintang MMA tempatan. Bekas pencabar tali pinggang ONE Welterweight, Agilan Thani kembali ke gelanggang untuk bangkit dari kekalahannya kepada Zebastian Kadestam, Julai lalu. Agilan yang dikenali dengan gelaran ‘The Alligator’ kali ini akan menguji kekuatannya menentang Kiamrian Abbasov dari Kryguztsan.

Abbasov seorang yang dikenali dengan skill hebat dalam disiplin gusti Graeco-Roman. Pertarungan menentang Agilan pastinya menarik untuk disaksikan mengambil kira Agilan juga sangat dominon dalam pertarungan pergelutan atas gelanggang (on the ground).

Selain Agilan, tiga lagi bintang MMA Malaysia juga akan tampil di atas gelanggang iaitu Gianni Subba, Jihin Radzuan dan muka baharu, Mohammed bin Mahmoud.

Gianni yang merupakan abang kepada Keanu Subba akan bertemu Ma Hao Bin yang muncul sebagai antara penggusti MMA meningkat naik di China sementara Jihin – bekas juara dunia wushu dan juara MIMMA mahu meneruskan rekod bersihnya selepas mencatat dua kemenangan sebelum ini dalam aksi pertarungan menentang Jenny Huang.

Maklumat mengenai pembelian tiket untuk acara ONE:DESTINY OF CHAMPIONS boleh dilayari di laman web www.onefc.com