Connect with:




Pelumba negara, Jazeman Jaafar berjaya mempamerkan aksi terbaik dalam penampilan sulungnya di Siri Le Mans Asia 2017/18 semalam.

Jazeman yang memandu bersama pasukan Jackie Chan DC Racing x Jota Sport Oreca 05 Nissan #7 berjaya menaiki podium di tempat ketiga dalam Pusingan 2 saingan di Fuji, Jepun.

Selepas Fuji, pusingan ketiga musim dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand pada Januari dan SIC, Februari ini.

Sipakah Jazeman Jaafar sebenarnya ?

Buat penggemar sukan permotoran yang khususnya minat akan sukan Formula One (F1),anda pasti mengenali jejaka ini.  Pada sesiapa yang belum mengenalinya, berikut terdapat beberapa fakta tentang Jazeman Jaafar :

Jazeman Firhan Jaafar, adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Dia yang gemar dipanggil dengan gelaran Jazeman dilahirkan pada 13 November 1992. Kini dia menetap di kota London, dan Jazeman merupakan pemandu jentera Formula 3 British yang ditaja oleh Petronas.

Jazeman suka meluangkan masanya dengan berlatih, mendengar lagu dan membaca.  Sebagai pelumba, Jazeman meminati Ayrton Senna seorang pelumba professional Formula One dan litar yang disukainya ialah Litar de Valencia di Sepanyol.

Jazeman mula berkecimpung dalam sukan permotoran  sejak usia enam tahun lagi apabila didedahkan oleh keluarganya kepada sukan permotoran mini iaitu “go-kart”.

Setahun selepas Jazeman berkecimpung dengan  “go-kart”’, dia mula menyertai pertandingan dan mendapat tempat 10 pelumba terbaik perlawanan daripada 24 peserta yang bertanding.

Selepas perlumbaan pertamanya, Jazeman banyak memenangi perlumbaan go-kart di Malaysia dan Belgium.
Bahkan dia telah merangkul gelaran juara sebanyak 11 kali sepanjang menceburi arena go-kart.

Misi anak muda ini adalah untuk menjadi seorang pelumba Malaysia terkemuka.

Dari  “go-kart” ke jentera Formula.

Jazeman mula menyertai Formula Renault pada tahun 2006. Ketika berusia 13 tahun, dia telah mempamerkan bakatnya dalam perlumbaan Asian Formula Renault 2.0 untuk Macanese Asia Racing team.  Dia telah memenangi tempat ke- tiga dengan kutipan 81 mata di belakang juara, Pekka Saarinen. Jazeman telah menaiki podium sebanyak empat kali sepanjang musim tersebut.

Tahun berikutnya pula Jazeman terus melangkah lebih jauh dengan menyertai Formula BMW.  Jazeman berjaya memperoleh lesen antarabangsa dan merupakan antara pemohon termuda iaitu dua tahun lebih awal daripada pelumba yang lain.  Sepanjang siri Formula BMW, Jazeman telah memandu jenteranya sebanyak dua kali iaitu pada musim perlumbaan tahun 2008 dan 2009. Lantaran itu,Dia telah mencapai tempat ke-14 dan ke-sembilan.

Karier Jazeman semakin memuncak apabila dia menyertai Kejohanan Formula 3 British pada tahun 2010.
memandu jentera Carlin UK Team.  Pada tahun 2010, Jazeman telah menaiki podium sebanyak dua kali dan meraih gelaran top 10 sebanyak 16 kali di British F3 International Series.  Malah,beliau juga menyertai Macau Grand Prix dan juga F3 Masters di Zandvoort, Belanda.

Terkini Jazeman mula menjinakkan diri dalam Siri Le Mans Asia 2017/18 yang sedang berlansung di luar negara.  Tahniah buat anak muda negara yang berjuang membawa nama Malaysia di persada antarabangsa.

Foto Kredit : Facebook ( Jazeman Jaafar Live Page )