Connect with:




Acara 2019 IWWF Waterski World Championship akan diadakan bermula dari 13 hingga 18 Ogos 2019 selama 6 hari di Pusat Sukan Air, Presint 6 Putrajaya.

Majlis disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid Bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persektuan. Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Mr. Jose Antonio Perez Priego, Presiden International Waterski and Wakeboad Federation (IWWF) dan YBhg. Datuk T. Y. Lee, Presiden Malaysian Waterski & Wakeboard Federation (MWWF)

Sebanyak tiga (3) kategori akan dipertandingkan iaitu iaitu kategori TrickJump dan Slalom. Kejohanan peringkat antarabangsa ini juga telah mendapat sambutan tertinggi dengan penglibatan lebih kurang 150 atlet daripada 32 buah negara dan tujuh daripadanya dari negara Asean berbanding penganjuran Piala Dunia IWWF Waterski pada tahun 2008 dan 2009. Selain itu, 8 juara bertahan dunia IWWF turut menyertai dan beraksi selama 7 hari kejohanan di Putrajaya.

Selain itu,  pengunjung juga boleh menyertai dan menikmati aktiviti-aktiviti menarik di Karnival Adventure bersama keluarga yang diadakan bersempena dengan kejohanan ini bermula 15-18 Ogos 2019. Antara aktiviti adalah seperti persembahan artis tempatan, reruai selebriti, aktiviti kanak-kanak, petting zoo, cabuatan bertuah dan pelbagai lagi.  Masuk adalah percuma.

PPj menyokong penuh penganjuran kejohanan sukan air ini dan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan serta PPj untuk mempelbagaikan dan mengembangkan lagi acara-acara sukan air peringkat antarabangsa dan tempatan di Tasik Putrajaya. Di samping itu, PPj berharap agar acara sukan air dapat dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan yang dapat menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke Putrajaya.

Putrajaya telah mencatatkan 132 acara serta merekodkan lebih dari 3.3 juta kehadiran pengunjung acara pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 dengan jumlah 2.6 juta pengunjung. Antara acara-acara bertaraf antarabangsa adalah seperti Powerman Asia Duathlon Championship, Malaysia International Duathlon, Malaysia International Triathlon, Fit Touch Rugby (Junior World Cup), Light And motion Putrajaya (LAMPU) dan banyak lagi.

Dataran Putrajaya di Presint 3 merupakan lokasi tumpuan dengan 25 acara pada tahun 2018. Antara lokasi lain yang menjadi pilihan penganjur adalah di taman-taman awam Putrajaya sebanyak 11 acara dan Kompleks Sukan Air Presint 6 dengan jumlah 8 acara dan selebihnya di lokasi-lokasi lain di seluruh Putrajaya.