Connect with:




Gara-gara tidak mengendahkan arahan pegawai perlumbaan, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menghukum Sebastian Vettel dengan denda sebanyak €25,000 (RM118,590).

Dalam kejadian tersebut, Vettel dilihat tidak memberhentikan jentera bagi pemeriksaan berat jentera pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Brazil, kelmarin.

Bimbang hujan akan turun, Vettel dilihat memasuki hentian pit untuk menukar tayar pada sesi kelayakan kedua (Q2).

Dia kemudian telah melanggar kon pada mesin alat penimbang jentera sambil melambai tangan pada FIA bagi mempercepatkan proses pemeriksaan dilihat dalam keadaan yang agak kelam kabut.

Hal ini sekaligus menimbulkan perasaan kurang senang kepada pegawai teknikal, Jo Bauer yang kelihatan bengang dengan tindakan pelumba Ferrari itu.

Pada masa yang sama, Vettel membidas pegawai perlumbaan tidak perlu memeriksa jenteranya itu memandangkan keadaan cuaca ketika itu dijangka hujan.

“Saya rasa ia tidak adil untuk memaksa seseorang itu melakukan pemeriksaan sekiranya keadaan cuaca tidak menentu. Hujan akan turun dan mereka tidak pelu memanggil kami.

Dalam perkembangan yang lain, sebarang hukuman penalti grid tidak dikenakan kepada Vettel dan hanya dikenakan denda €25,000 atas kesalahan tidak mendengar arahan pegawai perlumbaan.

FOTO: Autosport