Connect with:




Sudahlah berdepan dengan krisis kewangan, malah turut dibelasah teruk ke atas pihak lawan dalam saingan liga.

Demikianlah tamparan hebat yang ditanggung kelab bawahan Serie C, Pro Piacenza selepas mereka menghadapi kekalahan memalukan  0-2 kepada Ac Cuneo dalam saingan liga, semalam.

Malah, perlawanan berkenaan turut menyaksikan skuad tangga tercorot itu hanya beraksi dengan tujuh pemain yang terdiri daripada pemain remaja sahaja.

Hal ini kerana barisan pemain senior dan kakitangan kelab berkenaan bertindak memboikot dalam aksi liga kerana mereka tidak di bayar gaji sejak September, tahun lalu.

Mereka juga bakal disingkirkan daripada liga itu sekiranya pemain tidak turun beraksi menentang AC Cueno.

Kekecewaan ini juga diluahkan oleh bekas pertahanan Brescia dan Napoli, Fabiano Santacroce dalam laman Instagramnya meluahkan kekecewaannya mengenai perkara itu dalam laman Instagram miliknya.

“Kadang kala anda terpaksa hadap situasi sebegini…mendahului 13-0 pada separuh masa pertama menentang pasukan yang beraksi dengan enam pemain berusia 17 tahun dan seorang eksekutif yang bermain di pertahanan tengah.

“Tiada perkataan yang boleh digambarkan. Saya malu dengan mereka yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, kemelut kewangan yang melanda Piacenza menjadi semakin parah apabila mereka terpaksa menghadiahkan kemenangan percuma 0-3 kepada beberapa pasukan sebelum ini termasuk Pro Vercelli, Juventus dan Siena.

Dalam perkembangan lain, Picanza kini berada di kedudukan terbawah liga dengan meraih lima kemenangan dan satu keputusan seri.

Namun, masalah kewangan yang serius membuatkan mereka terpaksa dipotong lapan mata dan kemungkinan akan menghadapi lebih banyak pemotongan mata akibat tunggakan gaji.

Foto: La Stampa