Connect with:




Jurulatih Australia, Darren Lehmann mengumumkan untuk meletak jawatannya selepas perlawanan ujian minggu ini berikutan dia ingin bertanggungjawab sepenuh atas insiden skandal ‘main kotor’ oleh pasukannya yang menggemparkan dunia kriket baru-baru ini.

Lehmann, yang sebelum ini mengatakan bahawa dia tidak akan meletakkan jawatan, memberikan kata putus selepas keluarganya terpaksa menerima cacian dari orang ramai.

Dalam kes tersebut, tiga pemain Australia dilihat berkomplot untuk membanting bola dengan kertas pasir semasa ujian ketiga menentang Afrika Selatan.

Selain itu, Kriket Australia mengharamkan kapten pasukan, Steve Smith dan naib kapten, David Warner dilarang bermain selama 12 bulan sementara Batsman Cameron Bancroft digantung selama sembilan bulan.

Dalam sidang media yang berlangsung semalam, Lehman yang dalam keadaan sedih berkata keputusannya itu adalah secara sukarela.

“Pada akhirnya saya bertanggungjawab untuk pasukan. Saya telah memikirkan kedudukan saya untuk seketika, “katanya kepada pemberita di Johannesburg.

“Saya dan keluarga saya mendapat banyak menerima kutukan pada minggu lepas. Bercakap kepada keluarga saya, ini masa yang tepat untuk melangkah jauh.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kricket Australia, James Sutherland mengucapkan terima kasih kepada Lehmann atas sumbangannya.

“Darren Lehmann telah berkhidmat dengan baik. Beliau telah menjadi sebahagian daripada pasukan yang berjaya memenangi Piala Dunia. Etika kerja beliau sangat hebat dan dia benar-benar ambil tahu tentang pemainnya, “kata Sutherland.