Connect with:




Akibat kecederaan patah pergelangan tangan ketika sesi latihan di Itali penunggang Sepanyol, Jorge Lorenzo terpaksa melupakan ujian pramusim MotoGP yang akan berlangsung di Lita Antarabangsa Sepang pada bulan depan.

Dia yang meninggalkan Ducati dan menyertai pasukan Repsol Honda musim 2019 bersama juara bertahan, Marc Marquez patah tulang tangan kirinya ketika menjalani latihan selepas terjatuh semasa sesi latihan di Grand Prix Thailand, Oktober lalu.

Dalam pada itu, ujian tersebut dijadualkan bermula dari 6 hingga 8 Februari depan.

Menurut Honda juara dunia tiga kali itu berada di bawah pengawasan hospital selama 24 jam selepas menjalani pembedahan yang menyaksikan skru titanium dipasang pada tangan pelumba berkenaan.

“Empat hari rehat akan memberikan kecederaan itu tempoh yang cukup untuk pulih daripada pembedahan dan membolehkan fisioterapi dimulakan,”

“Ekoran kecederaan yang dialami, Jorge Lorenzo dan pasukan Repsol Honda terpaksa mengetepikan Lorenzo daripada ujian di Sepang untuk fokus sepenuhnya bagi proses rawatan dan pemulihan. Dia berkemungkinan kembali cergas sepenuhnya bagi ujian di Qatar dari 23 hingga 25 Februari.” jelas Honda dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menjadi tuan rumah pusingan ke-18 Kejuaraan Dunia MotoGP 2019 pada 3 Nov depan.

Perlumbaan yang pertama pula bakal berlangsung pada 10 Mac depan bertempat di Qatar. – Reuters

Foto: MotoGP