Connect with:




Sepuluh pemain muda Benin dan bekas presiden persatuan bola sepak, Anjorin Moucharafou telah dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan penipuan umur.

Mahkamah Cotonou mendapati mereka yang bersalah gagal dalam satu ujian dikenali sebagai ujian MRI yang diadakan di Nigeria September lalu.

Ujian tersebut menyaksikan Benin telah tersingkir dari menyertai kempen acara kelayakan daerah yang diadakan pada bulan lalu untuk beraksi di Piala Negara-Negara Afrika Ke-17 bawah 17 tahun.

Dalam pada itu, Moucharafou, yang juga bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Benin (FBF) yang pernah menyandangya hingga bulan Ogos, juga didapati bersalah kerana peranannya yang memalsukan identiti mereka dalam ujian MRI.

Pemain dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dengan lima bulan pergantungan manakala Moucharafou pula menghadapi hukuman penjaran 12 bulan termasuk 10 bulan pergantungan.

Selain itu, jurulatih pasukan kebangsaan bawah 17 tahun Lafiou Yessoufof dan dua pegawai lain turut menerima hukuman yang sama atas kesalahan menipu.

Dalam perkembangan yang lain, presiden baru FBF, Mathurin de Chacus, yang menggalas tanggungjawab bermula Ogos menegaskan bahawa dia ingin melakukan pembaharuan yang rancak dari aspek korupsi dan penambahbaikan dalam bola sepak negara berkenaan.

Foto: Afriki