Connect with:




Akibat mengatur perlawanan dan melanggar undang-undang, bekas pertahanan Lincoln City, Bradley Wood digantung enam tahun oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA), semalam.

The Guardian melaporkan Wood dikenakan dua kad kuning semasa saingan Piala FA antara Lincoln dan Ipswich serta Burnley pada tahun lalu sekaligus menyebabkan dia dianggap sebagai “mempengaruhi pasaran pertaruhan bola sepak”.

Wood, 26, turut terbabit melakukan 25 kesalahan berkaitan pertaruhan dan dikenakan denda £3,725 pound (RM20,406) selain digantung sehingga 8 Mac 2024.

Dia bagaimanapun menyangkal dua pertuduhan berat itu.

“Kes Wood ini melibatkan perancangannya dengan pihak yang berkaitan untuk memberikan malumat tentang pertaruhan dan merancangnya dengan berhati-hati,” kata FA dalam penghakiman bertulis.

“Data yang diberikan oleh organisasi pertaruhan mendedahkan apa yang dikatakan sebagai pertaruhan luar biasa dilakukan oleh Wood sebagai suatu rancangan yang berhati-hati dalam kedua-dua perlawanan. Dua daripada mereka yang melakukan pertaruhan berkata mereka mempunyai hubungan rapat dengan Wood.”

Kontrak Wood bersama Lincoln berakhir pada April 2017 dan dia akan mula digantung pada dua minggu terakhir sebelum kontraknya tamat.

Selepas menewaskan Ipswich dan Burnley, Lincoln menjadi pasukan pertama bukan liga yang memasuki pusingan suku akhir Piala FA sejak musim 1914.

Foto Kredit: Dave Howarth/Empics