Connect with:




Empat pemain bola keranjang Jepun dari Sukan Asia yang berlangsung di Jakarta Palembang, Indonesia telah dihantar pulang kerana didakwa membayar beberapa wanita untuk melakukan hubungan seksual.

Para pemain itu bertemu dengan penduduk tempatan yang boleh berbahasa Jepun, dan memberitahu mereka mengenai bar di mana mereka boleh bertemu dengan wanita cantik.

Mereka menghabiskan beberapa jam di bar sambil berpakaian seragam sebelum menuju ke sebuah hotel bersama empat wanita lain dan tinggal di sana sehingga pagi Jumaat lepas.

“Saya berasa malu,” kata Ketua Misi Jepun, Yasuhiro Yamashita.

“Kami memohon maaf dan akan lebih prihatin terhadap para atlet mulai dari sekrang.”

Yamashita menjelaskan pada sidang akhbar bahawa perlawanan bola keranjang itu bermula sebelum upacara pembukaan hari Sabtu, dan insiden berkenaan berlaku ekoran kemenangan Jepun ke atas Qatar pada Khamis.

Sementar itu, pegawai mereka turut mendedahkan nama pemain yang bersalah iaitu Takuya Hashimoto, Keita Imamura, Yuya Nagayoshi dan Takuma Sato.

“Para permain sudah pulang ke rumah dengan perbelanjaan mereka sendiri,” kata Yamashita, sambil menambah bahawa lapan anggota skuad yang tinggal akan berlumba dalam acara tersebut.

“Para atlet harus menjadi contoh yang baik kepada masyarakat, bukan hanya dalam padang malah, di masa yang lain juga,”katanya.

Foto Kredit: Gulf News