Connect with:




Nampaknya peminat permainan video popular, PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBG) di India akan mengalami tempoh sukar selepas ini apabila PUBG bercadang untuk mengehadkan masa bermain permainan tersebut.

Sebelum ini, PUBG telah diharamkan di beberapa bandar di India susulan kegiatan keganasan meningkat di sana dan ada laporan mengenai pemain yang bermain PUBG ditahan oleh pihak berkuasa.

Terbaru, dikhabarkan PUBG mula mengetatkan peraturan pemain untuk bermain permainan itu. Salah satu peraturan itu adalah PUBG bakal menyekat pemain dari bermain PUBG yang terlalu lama dengan menghantar peringatan kesihatan.

Mengikut peringatan tersebut jika pemain bermain lebih dari 6 jam, mereka akan menerima pesanan itu seperti yang kecoh di laman Twitter beberapa hari lalu.

Peringatan kesihatan yang dikeluarkan kepada pemain-pemain di India baru-baru ini.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga pemain yang terus disekat daripada bermain permainan itu selepas menerima pesanan tersebut.

Bagaimanapun, pihak PUBG telah mengeluarkan kenyataan memberitahu tentang isu tersebut telah pun dibaiki dan meminta maaf kepada pemain terlibat.

Menurut maklumat, PUBG sedang mengemaskini perisian dengan meletakan peraturan baru bagi menyekat mana-mana pemain yang bermain permainan itu dalam tempoh tertentu. Namun ia masih belum dipastikan lagi kesahihan dan negara mana yang bakal terlibat.

“PUBG Mobile adalah permainan. Ini dimaksudkan untuk hiburan dan harus dinikmati dengan cara yang sihat dan bertanggungjawab. Sejajar dengan usaha kami untuk terus mempromosikan pengalaman permainan dan bertanggungjawab, kami sedang berusaha untuk memperkenalkan peraturan permainan yang sihat di India untuk mempromosikan permainan yang seimbang, termasuk mengehadkan masa bermain untuk pemain yang bawah umur,” kata syarikat itu selepas larangan beberapa bandar-bandar.

Namun harus diingat dalam setiap apa yang lakukan perlu bersederhana. Tempoh 6 jam bermain permainan ini bukannya waktu yang singkat. Banyak perkara lain lagi yang boleh dibuat dalam tempoh tersebut. – SportsKeeda