Berita baik untuk anda yang berkeinginan untuk mempunyai karier dalam pengurusan bolasepak. Akademi Bolasepak Negara UiTM-KPT-FAM akan menganjurkan Sijil Pengurusan Bola Sepak yang akan berlangsung pada September nanti.

Mereka yang menyertai kursus ini akan didedahkan dengan selok belok pengurusan bolasepak merangkumi asas pengurusan kelab, pengurusan fasiliti, penajaan dan perhubungan media, sains bola sepak, pengurusan kewangan serta pengurusan acara dan pertandingan.

Jika anda berminat, sila membuat pendaftaran yang dibuka sehingga 8 Ogos ini sahaja. Hanya 30 tempat sahaja dibuka untuk sesi September ini.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Koordinator Akademi Bola Sepak Negara UiTM-KPT-FAM atau terus ke Pusat Sukan UiTM Shah Alam.