Peserta, penaja dan wakil korporat semasa perlancaran Klinik Bolasepak Khas Anjuran 1MCC

 

KUALA LUMPUR, 6 September – Akademi Bolasepak 1 Malaysia Cardiff City dan juga Majalah Challengers, majalah kurang upaya kebangsaan telah menganjurkan klinik bolasepak khas untuk golongan masalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur petang tadi.

Program yang mendapat sokongan dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MCC, Datin Vivienne Leong.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MCC, Datin Vivienne Leong.

 

Program yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir hingga jam 11.30 ini di hadiri lebih 40 orang peserta berbilang kaum.

Wakil beberapa syarikat korporat turut hadir memberi sokongan dan memuji usaha ini serta berharap program ini diadakan sekerap mungkin di masa hadapan.