Connect with:




Ajax telah mencipta sejarah salah satu kebangkitan terbesar dalam Liga Juara-Juara apabila berjaya menumpaskan juara bertahan Real Madrid 4-1 di Santiago Bernabeu dengan agregat 5-3 pada pusingan 16 terbaik, sudah cukup untuk menjadikan minggu mimpi ngeri buat Real.

Real berjaya mendahului 2-1 pada pusingan 16 pertama, Ajax bertandang ke Madrid yang hanya memerlukan dua jaringan tanpa balas untuk ke suku akhir pertama mereka dalam 16 tahun. Mereka berjaya memastikan dua jaringan itu dalam masa 18 minit iaitu pada minit ke-7 oleh Hakim Ziyech dan minit ke-18 oleh David Neres.

Ajax menambah derita Real pada minit ke-62 hasil jaringan Dusan Tadic menjadikan kedudukan 3-0. Gol saguhati tuan rumah pula hadir pada minit ke-70 hasil jaringan Marco Asensio untuk merapatkan jurang tetapi jaringan Lasse Schone pada minit 72 hasil tendangan percuma yang cantik berjaya menewas Thibaut Courtois menafikan kebangkitan Real di laman sendiri.

Sebelum ini Real turut tewas kepada Barcelona di laman sendiri dalam dua pertemuan terakhirnya sebelum bertemu Ajax apabila tewas dalam saingan Copa del Rey 3-0 dan La Liga 1-0 membuatkan Real telah hilang aura sebagai juara.

Sementara itu, bekas pemain Belanda, Ruud Gullit berkata Zinedine Zidane sangat bijak untuk meninggalkan Real Madrid semasa kehilangan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus, katanya selepas Los Grancos  tersingkir dalam Liga Juara-Juara pusingan 16 terbaik kepada Ajax.

Santiago Solari kini berada di bawah pemerhatian berikutan tiga kekalahan dalam masa seminggu. Bekas bos Castilla hanya menggantikan Julen Lopitagui empat bulan lalu setelah mengambil alih sebagai pengurus Real pada musim panas lalu berikutan pemergian Zidane.

“Zidane cukup bijak untuk keluar dari Real ketika mereka kehilangan Ronaldo. Sesiapa yang datang selepas itu mempunyai tugas yang sukar.

“Anda tidak mempunyai Ronaldo, maka 50 gol tidak akan anda miliki,” kata Gullit ketika ditemui sebagai pengulas bola sepak di beIN Sports.

Walaupun Solari memiliki kontrak bersama Real sehingga 2021, kedudukannya menjadi tidak selamat selepas Dani Carvajal dengan terang menyatakan juara Eropah itu mempunyai musim yang sangat buruk.

Untuk rekod ini kali pertama Real Madrid tidak berjaya ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara sejak 2010. – Goal(dot)com

Foto : For The Win