AirAsia X perintis syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh hari ini mengumumkan akan menerbangkan pasukan badminton negara ke Gold Coast,
Australia pada bulan Mei untuk menyertai keseluruhan kejohanan BWF Piala Sudirman 2017 sebagai sebahagian daripada inisiatif sukan #DARETODREAM
kumpulan syarikat penerbangan ini.

Satu sidang akhbar yang dihadiri oleh Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad telah diadakan pada Khamis di AirAsia RedQ yang juga dihadiri
oleh Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM); Lawrence Chew Si Hock, Pengurus Besar BAM; Morten Frost, Pengarah Teknikal BAM bersama dengan pemain badminton negara termasuk pemain beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.

Benyamin Ismail berkata, “Ia adalah penghormatan kepada kami untuk menerbangkan atlet kebanggaan negara ke Gold Coast, Australia  bagi Piala Sudirman. Sebagai sukan yang digemari oleh semua rakyat Malaysia, kejohanan badminton dua tahun sekali ini pastinya akan menjadi  tumpuan dan saya gembira bahawa AirAsia X menjadi sebahagian daripada perjalanan pasukan Malaysia untuk merangkul gelaran yang diinginkan”

“Selepas hampir satu dekad kami memulakan perkhidmatan kami ke Gold Coast, kami kini beroperasi sebanyak 11 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur,
dengan penerbangan seterusnya setiap hari ke Auckland. Melalui tambang rendah kami, peminat badminton dari Malaysia, New Zealand dan di rantau ini  kini boleh terbang ke Gold Coast untuk merasai keseronokan dan bersorak untuk pasukan kegemaran mereka di tepi gelanggang. Sudah pastinya saya akan  bersorak untuk pasukan Malaysia, dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia, ” kata Benyamin.

Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, “BAM amat berbangga dan berbesar hati bekerjasama dengan AirAsia X
sebagai syarikat penerbangan rakan kongsi kami bagi Piala Sudirman di Gold Coast akan datang. Sokongan dari Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik
Dunia 8 kali ini juga bakal merangsang pasukan Piala Sudirman kami menjadi pasukan badminton terbaik dunia.

AirAsia telah memainkan peranan penting dalam inisiatif sukan selama ini termasuk bola sepak, sukan bermotor, badminton, bola keranjang dan banyak lagi.
Baru-baru ini, Kumpulan syarikat penerbangan  ini juga telah mengumumkan penyertaan ke Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 sebagai
Syarikat Penerbangan Rasmi dan penaja emas.

Di bawah inisiatif sukan #DARETODREAM, Airasia telah menyokong banyak atlet tempatan seperti pelumba basikal dan juara dunia Keirin  Azizulhasni Awang,
penerjun negara dan atlet Olimpik lima kali  Leong Mun Yee, pelumba basikal Fatenah Mustapa, atlet bina badan Faiz Ariffin, pemandu Go-Kart Muizzuddin
Musyaffa dan ramai lagi. Kumpulan syarikat penerbangan ini juga merupakan penaja kepada AirAsia Malaysia Rugby League untuk ragbi dan AirAsia KL Junior  League untuk bola sepak belia, dengan  penglibatan lebih banyak dalam perancangan sukan.

AirAsia X adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Gold Coast, Australia dengan penerbangan terus (11x seminggu) dan
sambungan seterusnya ke lebih 120 destinasi di seluruh rantau ini bersama-sama AirAsia, rakan sekutu syarikat penerbangan jarak dekat. Kumpulan syarikat
penerbangan juga merupakan rakan kongsi rapat kepada Pelancongan dan Acara Queensland (TEQ) untuk bersama-sama mempromosikan Gold Coast ke Asia dan
seterusnya.