Connect with:




Nur Aina Yasmin Halim dan Mohd Alif Adha Hassan berjaya mengekalkan emas yang di menangi mereka diperingkat saringan dan kalah mati dalam acara masing-masing.

Aina yang turun tanpa tekanan ternyata sekali lagi berjaya mencuri tumpuan apabila berjaya mengekalkan emas peribadi yang kedua untuknya.

Aina (baju kuning), Syarah Syuhaidah (baju merah)

Aina yang turun dalam acara compound wanita berjaya beraksi cemerlang menewaskan wakil Universiti Putra Malaysia (UPM), Syarah Syuhaidah Abas 140-133 untuk menghadiahkan emas untuk UniSZA.

Gangsa pula jadi milik Ng Sui Kim dari UPM apabila mudah menewaskan Nurul Hani Shafiza Hassan dari UMP 145-134.

Dalam acara recurve lelaki, sekali lagi menemukan wakil dari UPM dan UniSZA namun kali ini bekas atlet kebangsaan, Alif Adha dari UPM berjaya menyekat UniSZA terus meraih emas.

Beliau meneruskan rentak bidikan emas apabila berjaya menewaskan wakil dari UniSZA, Muhammad Ikram Zaidi 6-4 dan ini adalah emas peribadi kedua beliau dalam kejohanan SUKIPT.

Gangsa pula di menangi oleh Muhammad Mustaqim Rusli dari Kolej Komuniti Malaysia yang menewaskan wakil dari UPM, Muhammad Shaiffuddin Mohd Kamro 7-1.

 

Foto Kredit : Haris Danieal