Connect with:




Masih segar dengan kemenangan ke atas Rin Saroth pada Mac lalu, bintang ONE Championship dari Malaysia, Muhammad Aiman mahu meneruskan rentak kecemerlangannya musim ini pada ONE: Beyond The Horizon yang berlangsung di Shanghai Sabtu ini.

Aiman bagaimanapun berdepan cabaran yang sangat besar dimana perlu berdepan wakil tuan rumah, Chen Lei.

Chen Lei merupakan jaguh MMA China yang bermula sebagai juara BJJ sebelum berlatih muay thai dan tinju. Memiliki rekod bersih 8 kemenangan tanpa kekalahan dalam karier profesional, jelas ini bukan pertarungan yang mudah untuk Aiman.

“Saya sudah  melakukan persiapan yang rapi untuk aksi minggu ini.

“Menentang atlet dari China di depan penyokong China tidak memberikan tekanan kepada saya saya sebaliknya lawan (Chen Lei) yang merasai tekanan” katanya ketika ditemui selepas majlis pengenalan petinju di Shanghai pada Rabu.

Berasal dari Negeri Sembilan, atlet dengan gelaran Jungle Cat ini menerima sokongan padu keluarganya ketika beraksi di Kuala Lumpur. Kali ini di China, dia hanya ditemani oleh rakan-rakan pelatih dari Bali MMA yang diwakilinya.

Chen Lei sebaliknya akan menerima sokongan padu keluarga dan peminat tempatan di Baoshan Arena, Shanghai untuk pertarungan bantamweight ini.

Anda boleh menyaksikan pertarungan Aiman dan Chen Lei secara langsung menerusi applikasi ONE atau di facebook dan twitter rasmi ONE CHAMPIONSHIP.