Ahmad Abdul Kadir dari Apido Boon Kui Racing menepati ramalan apabila mudah mendominasi saingan Kategori A Kejohanan Cub Prix 2011 di Litar Sementara Stadium Sarawak, minggu lalu.

Ahmad mencatat masa 14:22:476 dalam perlumbaan di litar basah Azrie Ali Hassan dari Gertaq Racing Team. Tempat ketiga disandang Mohd Aswandi Ramli.

Dalam Kategori B, Eddie Bryan dari NB Motors muncul juara dengan catatan masa 13:27.168 diikuti Mohamad hafiz Abdul Jalil dari NB Motors.

Saingan seterusnya akan berlangsung di Mukah.