Connect with:




Agnieszka Radwańska mengejutkan pilihan utama kejohanan, Simona Halep dalam Kejohanan Terbuka Miami yang diadakan Amerika Syarikat semalam.

A. Radwanksa yang berada di ranking ke-32 dunia mencatat kemenangan 3-6, 6-2, 6-3 sekali gus tunjuk jalan keluar kepada pemain nombor 1 dunia itu. Ini merupakan pencapaian paling buruk pemain dari Romania ini kerana terkeluar begitu awal dari persaingan berbanding kejohanan sebelum ini.

A. Radwanksa merupakan,29, merupakan pemain yang berpengalaman dan rekod peribadi paling baik beliau adalah pada 2012 apabila berada di ranking kedua dunia selain pernah memenangi beberapa kejuaraan.

Di pusingan seterusnya, A. Radwanksa akan bertemu dengan Victoria Azarenka untuk slot ke suku akhir. Victoria Azarenka layak setelah menewaskan Anastasija Sevastova 3-6, 6-4, 6-1.

Kejohanan ini telah berlangsung dari 17 March hingga 1 April 2018.

Foto Kredit : ubitennis(dot)net