Connect with:




Beliau sepatutnya bertarung dengan peserta Lubnan, Mohamad Karaki namun kecederaan yang dialami Karaki menyaksikan Agilan Thani bakal menentang peserta dari Amerika, Dante Schiro.

Schiro akan membuat kemunculan pertamanya di ONE Championship, membawa rekod bersih 6 kemenangan dalam karier profesionalnya.

Bagi Agilan, tiada apa yang diinginkan untuk mengakhiri tahun 2019 selain menang dalam pertarungannya dengan Schiro Jumaat ini di Axiata Arena.

“Walaupun menerima berita perubahan lawan yang berbeza, ia bukan alasan untuk saya tidak bersedia. Tidak banyak perubahan dilakukan dalam sesi latihan sama seperti ketika memulakan fight camp.

Agilan memulakan kempen pada 2019 dengan cemerlang selepas menumpaskan lagenda MMA Jepun, Yoshihiro Akiyama menerusi keputusan juri.

Bagaimanapun pada pertemuan menentang Yushin Okami di Tokyo, Agilan terpaksa menelan kekalahan tipis kepada lawannya itu.

“Kekalahan itu tidaklah memberikan impak yang besar kerana saya masih percaya, tahun ini saya beraksi dengan baik. Cuma nasib tidak menyebelahi saya ketika bertemu Okami.

“Untuk pertemuan Jumaat nanti, saya percaya tekanan lebih dirasai Schiro kerana dia pasti mahu mengekalkan rekod bersihnya” tambah Agilan.

Agilan adalah salah seorang bintang MMA negara yang beraksi di ONE: MARK OF GREATNESS Jumaat ini selain Muhammad Aiman dan Jihin Radzuan.