Connect with:




Bintang MMA negara, Agilan Thani menyedari keperluan tertentu bagi meningkatkan keupayaannya di atas gelanggang menjelang aksi menentang Yushin Okami di Tokyo, Ahad ini.

Beliau fokus dalam memperkuatkan tenaga bagi menjadikan badannya lebih kuat menerusi strenght training.

“Sebelum ini saya lebih kepada kardio. Saya bukanlah seorang atlet yang mengutamakan kekuatan.

“Bagaimanapun selepas menjalani latihan bebanan yang begitu intensif, saya rasa seperti memiliki skill baharu selain rasa lebih kuat” kata Agilan.

Aksi berbeza Agilan yang ‘lebih kuat’ jelas kelihatan ketika beliau menewaskan Yoshihiro Akiyama pada Jun lepas, sesuatu yang mengejutkan ramai pemerhati kerana Agilan dikenali sebagai seorang yang dominan dalam gusti dan grappling.

“Agak memenatkan dengan latihan yang saya baru adaptasi ini tetapi ia benar-benar memberi saya kelebihan dari segi ketahanan otot.

Bagaimanapun hasrat Agilan untuk terus membuat latihan sedemikian dengan lebih kerap tidak dapat diteruskan ekoran nasihat jurulatihnya yang mahu Agilan untuk kekal dengan rejim jadual sedia ada.

“Jurulatih saya menasihati saya untuk berjaga-jaga kerana khuatir kecederaan lama saya akan kembali.

Pertarungan Agilan-Okami di Tokyo adalah sebahagian dari pertarungan dalam acara MMA terbesar tahun ini iaitu ONE: CENTURY PART 1 yang boleh ditonton pada jam 8 pagi pada Ahad, 13 Oktober di Astro Arena. PART 2 pula akan berlangsung pada jam 4 malam .