Agensi Anti Doping Dunia (WADA) mengembalikan semula makmal Perancis di Chatenay-Malabry yang digantung operasinya pada September lalu akibat daripada isu sampel yang dicemari.

 

Agensi Anti Doping Perancis (AFLD) menjelaskan bahawa isu itu berlaku ekoran sampel yang diambil oleh atlet bina badan yang mengandungi steroid yang terlampau tinggi.

 

Penggantungan sebelum ini disahkan pada penghujung September lalu selepas Paris diberi hak penganjuran Sukan Olimpik 2024 sekali gus memberi tamparan hebat buat Chatenay-Malabry – yang sebelum ini dipercayai bagi proses dan pembangunan ujian bagi ejen doping darah EPO pada 2000.

 

Penggantungan itu juga membawa makna Chatenay-Malabry harus menghantar sampel berkenaan ke makmal yang mempunyai akreditasi di luar.

 

Penggantungan makmal bukanlah kes terpencil, daripada 32 makmal yang mempunyai akreditasi WADA, tiga daripadanya ketika ini digantung.

 

Dua lagi makmal berkenaan adalah di Bloemfontein, Afrika Selatan dan Almaty di Kazakhstan di mana penggantungan ke atas mereka dikenakan pada Jun.

 

Makmal di Los Angeles, juga sebahagiannya digantung dari Jun sehingga Oktober.

-AFP

 

Foto: AFLD