Connect with:




Aatlet Para negara yang menjulang nama Malaysia di pentas dunia sememangnya insan yang paling luar biasa. Kesungguhan dan komitmen mereka memastikan kejayaan yang gemilang dengan penuh tanggungjawab ini amat wajar diberikan pengiktirafan yang lebih tinggi dan perlu diberikan perhatian.

Hal ini sekali lagi terbukti apabila hero pecut para, Afiq Ali Hanafiah menempah nama di pentas dunia apabila menjulang pingat emas 100meter di Kejohanan Olahraga Para Dunia, Grand Prix Dubai di Emiriah Arab Bersatu, semalam.

Mencatatkan kepantasan kepantasan 11.48 saat (s) dalam acara T11/12 (masalah penglihatan), ianya sudah cukup hebat buat atlet berusia 25 tahun itu mengatasi pelari pilihan dari Jepun, Shunya Yamaji yang memenangi pingat perak dengan kelebihan 0.15s.

“Sebenarnya saya tidak mensasarkan untuk menang pingat emas,” kata Afiq.

“Sasaran saya adalah untuk mengatasi catatan peribadi terbaik saya malangnya faktor angin yang kuat di sini menafikan impian saya itu.

“Namun, saya tetap gembira kerana saya akhirnya memenangi pingat emas ini.” katanya kepada Berita Harian.

Tempat ketiga pula disandang pelari dari Sweden, Luis Goncalves dengan catatan masa 11.73s.

Lebih manis lagi buat kontinjen negara apabila sejarah tercipta menyaksikan ianya adalah kali pertama pelari pecut dari Malaysia memenangi emas dalam acara berkenaan.

Sebagai rekod, Afiq sebelum ini pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Komanwel 2018 dalam acara sama selain memenangi emas pada Sukan SEA Para Kuala Lumpur 2017.

Foto: Ali Afiq Hanafiah